- See more at: http://blog.ahmadrifai.net/2012/01/pasang-script-dilarang-klik-kanan-pada.html#sthash.7XbUwK9v.dpuf Jom Bergaya dengan Cara Hidup yang Sihat: 2013

Saturday 30 November 2013

MENJAGA KESIHATAN SENDI DENGAN SHAKLEE

Sakit sendi sering dikaitkan dengan golongan orang berusia. Lebih-lebih lagi ketika waktu sejuk. Mari kita lihat, apakah yang dikatakan sakit sendi ini.

Sendi

                       

                       

Sendi adalah pertemuan dua tulang pada bahagian tubuh. Ia boleh disamakan seperti keadaan engsel pada pintu. Fungsinya adalah menyokong pergerakkan badan dan otot. Diantara sendi yang biasa adalah sendi lesung dibahagian pinggul dan bahu serta serta sendi engsel dibahagian lutut dan siku.

                                          



Terdapat 2 jenis sakit sendi (arthritis) kronik yang utama iaitu:

                         

1. Osteoarthritis – berkaitan kehausan sendi & tulang rawan
2. Reumatoid arthritis– penyakit sistem imun yang menyerang tisu sendi.

Wanita mempunyai risiko 2 kali ganda mendapat serangan sakit sendi akibat arthritis manakala lelaki lebih berisiko mendapat penyakit gout.




Osteoarthritis

                                   

Osteoartritis ialah keadaan di mana terdapat kemusnahan pada rawan yag menyelaputi sendi-sendi. Ia lebih biasa didapati pada usia yang lanjut dan pada mereka-mereka yang menegangkan sendi mereka, contohnya pada mereka-mereka yang bekerja keras dan mereka-meraka yang terlampau gemuk. Sendi-sendi yang selalu terlibat adalah sendi pinggang, lutut dan tulang belakang.


Tanda-tanda dan Gejala-gejala Osteoarthritis
  •  Sakit dan pembengkakkan di bahagian sendi-sendi seperti di pinggang, lutut, tulang     belakang, siku dan pada wanita, juga pada sendi-sendi di hujung jari.
  • Terdapat sakit yang sela-menyela dan dilegai dengan berehat.
  • Pergerakan yang terhad apabila penyakit semakin melarut disebabkan oleh kehilangan  rawan.



Arthritis Reumatoid

                 
Penyakit ini memberi kesan terutamanya pada sendi-sendi di bahagian jari-jemari dan pergelangan tangan. Sendi-sendi lain yang turut terlibat adalah pada bahagian bahu, lutut dan kaki. Perawatan yang awal harus dimulakan untuk mengurangkan kecaccatan.

Tanda-tanda dan Gejala-gejala
  •   Pembengkakkan pada satu atau lebih sendi, ia adalah biasanya bersimetri.
  •  Kekejangan pada awal pagi.
  •  Sakit yang berhijrah dan berulang-ulang pada sendi.
  •   Tidak mampu untuk menggerakkan sendi seperti mana biasa.
  •   Kemerahan dan rasa panas yang ketara pada sendi.
  •   Kelemahan dan kepenatan.
  •   Demam ringan.
  •  Perasaan mencucuk pada bahagian-bahagian hujung badan.
  •  Apabila berdiri atau duduk pada posisi yang sama untuk jangkamasa lama, kekejangan otot akan berlaku.


Antara faktor yang meningkatkan risiko serangan sakit sendi ialah:
  1.  Keturunan
  2.  Peningkatan usia - Warga emas seringkali dikaitkan dengan sakit sendi dan lutut serta lain-lain sakit badan. Ini disebabkan kekurangan cartilage atau pelincir dan kusyen sendi yang semakin menipis.
  3.  Masalah kecederaan lama - Kecederaan dari aktiviti harian seperti mengangkat barangan dengan berat berlebihan, aktiviti 'outdoor' seperti mendaki gunung atau bersukan.
  4.  Berat badan berlebihan - berat badan melebihi had yang membebankan sendi lebih dari sepatutnya.

Amalan yang disarankan seharian

  •  Senaman dan istirehat yang sederhana adalah penting. Jika terdapat pembengkakkan  atau kesakitan, sendi yang terlibat haruslah dibiar berehat
  •  Elakkan dari menegangkan sendi-sendi. Gunakan sendi yang lebih besar untuk melakukansesuatu pekerjaan, misalannya, untuk membuka pintu, gunakan seluruh lengan anda dan bukannya menggunakan tangan sahaja.
  •  Sebarkan berat sama rata pada sendi anda, misalannya, gunakan kedua-dua lengan untuk mengangkat buku dari menggunakan satu lengan sahaja.
  • Makan makanan yang berkhasiat, seimbang dan kekalkan berat badan ideal.
  • Atur aktiviti-aktiviti anda supaya pengeluaran yang maksima dapat dihasilkan dengan usaha yang minima.
  •  Fikir secara positif dan ceria selalu.


Hindari
  • Menegangkan sendi-sendi yang terlibat.
  •  Mengangkat objek – gunakan roda atau gelincirkannya.
  •  Berada pada satu posisi yang sama pada jangka waktu yang lama
  •  Memakai kasut yang tidak berpadanan.
  •  Membiarkan sakit mengganggu moral anda.


 Bagaimana Suplemen Shaklee dapat Meredakan Sakit Sendi


                          


Langkah 1 : Mengekalkan tulang rawan yang sihat
                    
Advanced Joint Health Tablet memberikan manfaat kepad sendi dalam tiga(3) cara :
  1.  Ekstrak Boswellia - Menyokong keselesaan sendi (menghalang bahan kimia dari menyerang tulang rawan yang menyebabkan ketidakselesaan sendi)
  2.  Ekstrak jagung - Membekalkan glukosamina yang berfungsi untuk meningkatkan sokongan kusyen sendi dan pemeliharaan tulang rawan.
  3. Vitamin C, Zink, Tembaga & Mangan - Membekalkan sokongan nutrien untuk memelihara tisu penyambung yang sihat.

Langkah 2 : Mengurangkan inflamasi

Omega Guard Shaklee mempunyai Omega-3, DHA & EPA.
Terkini menunjukkan pengambilan asid Kajian lemak Omega 3 bersama glukosamina dapat meningkatkan kesihatan sendi daripada mengambil glukosamina sahaja. 

Manfaat Omega Guard :-
  1.   Melambatkan degradasi tulang rawan 
  2.  Boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi 
  3.  Bertindak sebagai pelincir – membantu bergerak lebih bebas apabila sendi-sendi berkeriat-keriut & sakit 

Langkah 3 : Mengekalkan sel tulang yang sihat

Ostematrix Kalsium penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen. 
Kajian menunjukkan pengambilan kalsium berlebihan bukan sahaja membantu menguatkan tulang-tulang, tetapi juga bantu mengurangkan gejala-gejala osteoarthritis

Manfaat Ostematrix :-
  1.  Kalsium (1000mg) - Sumber semulajadi yang berkonsentrasi dan mudah diserap.
  2. Magnesium (400mg) - Bantu mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang & menguatkannya
  3.  Vitamin D (400 IU) - Membantu dalam metabolisma tulang.
  4.  Mangan, tembaga & Zinc - Mengaktifkan enzim yang membantu dalam pembinaan kepadatan tulang.

  -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dapatkan yang original. Harga yang sangat berpatutan.
Jika anda sebarang pertanyaan dan kemusykilan, boleh hubungi saya, jom dapatkan harga istimewa dan setiap pembelian daripada saya, anda berhak mendapat khidmat konsultasi percuma serta menyertai kumpulan pengguna Shaklee kami.

010-966 2965  (SUZANA)
Shaklee Independet Distributor 912405

shakleesuzeng@yahoo.com

Tuesday 26 November 2013

HERB LAX SHAKLEE

Antara produk Shaklee yang paling laris Herb Lax.

Apa Itu Herb Lax

                                                 


Herb-LaxTM Shaklee didatangkan dengan kombinasi herba yang telah digunakan secara tradisional untuk melegakan sembelit dan meningkatkan proses pencernaan secara lawas

Bagi menangani kesulitan membuang air besar, Herb-LaxTMyang lembut boleh membantu.

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa).  Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.



Fungsi Herb Lax

  • Mengandungi kombinasi herba yang telah digunakan secara tradisional untuk melegakan sembelit dan meningkatkan proses pencernaan secara lawas
                       
  • Membersihkan najis yang tersekat / tersimpan lama dalam tubuh
  • Merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut
  • Membantu masalah sembelit
  • Mengempiskan perut
  • Melawaskan pembuangan air besar
  • Memperbaiki kesihatan usus
  • Menguruskan badan
  • Mengurangkan bau badan
  • Mengurangkan ketegangan perut
  • Membantu sistem pertahanan yang lebih kuat
  • Membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut
                           
  • Mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel movement)



Tanda Mengalami Masalah Pencernaan

·                     Masalah kulit
·                     Gangguan pada buah pinggang
·                     Mulut dan nafas berbau
·                     Sesak dada
·                     Angin ahmar
·                     Wajah nampak tua
·                     Kembung perut
·                     Daya Imun rendah 



Ramuan yang terkandung didalam Herb-Lax Shaklee 


                                     
 Alfalfa Leaves - Membersihkan usus,darah dan hati.



                         
Anise Seed - Merangsang pengeluaran jus gastrik untuk membantu proses pencernaan.




                        
Blue Malva Flower -Membantu proses detoksifikasi dan mengimbangi tekstur kulit.





                       
Barkthorn Bark - Melembutkan najis untuk memudahkan pergerakkan dan memberi lembapan kepada usus.





                       
Culver's Root - Membantu masalah lebihan air dalam badan dan bagus untuk asthma.





                     
Fennel Seed(Jintan Manis)- Mengeluarkan toksin yang terkumpul akibat lebihan makanan dan pengambilan alkohol.Membantu pencernaan dan berkesan untuk masalah sembelit dan kembung perut atau usus.






                       
Licorice Roots - Membantu proses detoksifikasi






                      
Rhubarb Root- Herba yang banyak digunakan dalam perubatan cina sebagai antibiotik.






                             
Senna Leaves - Merangsang tindakan pembersihan yang lembut pada usus dan perut, mempercepatkan proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak.



Pembuangan detok di dalam badan penting bagi penyerapan nutrien, minaral dan zat-zat penting semasa pengambilan secara optimum.


Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

Dapatkan yang original. Harga yang sangat berpatutan.
Jika anda sebarang pertanyaan dan kemusykilan, boleh hubungi saya, jom dapatkan harga istimewa dan setiap pembelian daripada saya, anda berhak mendapat khidmat konsultasi percuma serta menyertai kumpulan pengguna Shaklee kami.

010-966 2965 (SUZANA)
Shaklee Independet Distributor 912405

shakleesuzeng@yahoo.com

Sunday 24 November 2013

CADANGAN SUPLEMEN BAGI SAKIT KEPALA ATAU MIGRAIN DENGAN SHAKLEE



Apa itu Migrain?

Mungkin ada yang tahu, dan ada yang kurang tahu.migrain sering kali dikaitkan dengan sakit kepala.. itu sesuatu yang umum diketahui.

Migrain
Berlaku apabila saluran darah di kepala menutup terlalu ketat atau membuka terlalu luas.
Punca sebenar tidak diketahui dengan jelas tapi di percayai berlaku akibat kelainan/perubahan salur darah di dalam otak yang sebabkan rembesan bahan kimia tertentu dan gangguan system saraf autonomik. 
                                             

Sakit dirasai di sebelah bahagian kepala sahaja pada satu-satu masa, tetapi mungkin merebak ke seluruh kepala.

Migrain terbahagi kepada 2 jenis iaitu 

  1. Migrain yang wujud bersama aura 
  2. Migrain tanpa aura. 
1. Migrain yang wujud bersama aura 



Aura ialah perasaan ataupun fenomena yang subjektif dialami individu sebelum mendapat serangan penyakit. Gejala seperti pandangan menjadi kabur dan nampak garisan seperti zig-zag ataupun gelombang seperti situasi yang dialami apabila berada di tengah jalan dalam cuaca panas terik.
 
Penglihatan pesakit juga terhalang dan keadaan menjadi lebih teruk apabila pesakit tidak dapat melihat buat sementara waktu. 

Keadaan ini dikenali sebagai skotoma. Iaitu mengalami kebas sebelah tangan ataupun lemah anggota badan, terutama kaki dan tangan.

Aura selalunya berlaku dalam tempoh beberapa minit hingga satu jam. Pesakit kadangkala mendapat migrain selepas satu hari mengalami aura.

2. Migrain tanpa aura 

                                                             

Ada juga yang tidak mengalami aura dan terus mendapat migrain.
Sakitnya berdenyut-denyut dan selalunya berlaku secara perlahan-lahan dan menjadi lebih teruk selepas satu jam atau lebih. Berlarutan sekurang-kurangnya 2-4 jam atau lebih lama.

Sebabkan rasa sakit kepala berdenyut-denyut , biasanya di bahagian kepala yang sama, berulang ulang disertai rasa loya, terlebih sensitif dengan bunyi dan cahaya dan juga gangguan pandangan.


Sakit mungkin menyerang sekali dalam masa beberapa hari atau beberapa minggu atau langsung tiada untuk beberapa bulan. Migrain biasanya berlarutan selama beberapa jam tetapi jarang melebihi satu atau dua hari.

Sakit yang mungkin menjadi lebih teruk dengan tekanan, pengambilan alkohol, atau sesetengah jenis makanan seperti coklat dan seringkali disertai rasa loya dan muntah-muntah.


Tidur dapat melegakan sakit kepala jenis ini.




Punca Sakit Kepala
  • Factor persekitaran- cuaca sejuk/panas, ketinggian, perubahan zon masa
  • Factor makanan-makanan ada kafein-coklat,kopi, MSG. Makanan ada nitrate banyak dalam makanan / siap proses/dalam tin
  • Glare- cahaya silau
  • Tekanan
  • Perubahan hormone pada perempuan – Sebelum atau selepas datang haid
  • Ubat-ubatan
  • Keturunan
  • Kurang rehat
  • Bekerja berlebihan
  • Gelisah
  • Lapar
  • Kurang air dalam seharian

Tanda dan Gejala Sakit Kepala

  1. Loya dan muntah-muntah. Kira-kira 70% pesakitberasa loya dan sebahagian daripadanya muntah-muntah
  2. Penglihatan pesakit menjadi sensitif. Contohnya, mereka mengadu sakit mata apabila melihat cahaya (silau). Keadaan itu dikenali sebagai fotofobia.
  3. Pendengaran turut menjadi sensitif dan keadaan itu dikenali fonofobia. Dalam keadaan ini, pesakit mendengar lebih kuat dan jelas setiap bunyi di sekelilingnya walaupun ianya perlahan.
  4. Kemerah-merahan pada kulit, pada keliling mata ataupun dahi.
  5. Badan berpeluh
  6. Terasa pening terasa seperti persekitaran bergerak-gerak dan berpusing.
  7. Pitam


Cara mengelakkan atau mengurangkan sakit magrain

                                      

  • Elakkan minum minuman yang mengandungi cafein
  • Elakkan terkena cahaya silau, dan panas berpanjang

                           
  • Berehat dan tenangkan fikiran
         
  • Melakukan senaman ringan
  • Perhatikan ubat yang diambil, jangan mengambil ubat sembarangan


Bagaimana Suplemen Shaklee dapat Meredakan Sakit Kepala atau Migrain


1. Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D)

                               

  • Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.
  • Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium.  Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.
  • Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.


2. B Complex

                        

  • Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang mograin, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.


Bagi penderita migrain, anda hendaklah mengetahui penyebab-penyebab yang boleh menjadikan anda diserang migrain. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka anda kena lah jaga makan. begitu juga dengan perkara2 lain seperti aktiviti dan sebagainya. Dan timbangkan tentang mengambil vitamin/supplement sebagai pembantu untuk menyelesaikan masalah anda, kerana ia pasti lebih baik dari makan ubat berasaskan dadah secara berterusan.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dapatkan yang original. Harga yang sangat berpatutan.
Jika anda sebarang pertanyaan dan kemusykilan, boleh hubungi saya, jom dapatkan harga istimewa dan setiap pembelian daripada saya, anda berhak mendapat khidmat konsultasi percuma serta menyertai kumpulan pengguna Shaklee kami.

010-966 2965 (SUZANA)
Shaklee Independet Distributor 912405

shakleesuzeng@yahoo.com